Peratusan Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) Dari 2005
2005
kadar dividen = 7.25 sen seunit
kadar bonus = 1.75 sen seunit
Pendapatan keseluruhan 2005 adalah 8.00 sen seunit.
2006
Kadar dividen = 7.30 sen seunit
Kadar bonus = 1.25 sen seunit
Pendapatan keseluruhan 2006 adalah 8.55 sen seunit.
2007
Kadar dividen = 8.00 sen seunit
Kadar bonus = 1.00 sen seunit
Pendapatan keseluruhan 2007 bersamaan 9.00 sen seunit.
2008
Kadar dividen = 7.00 sen seunit
Kadar bonus = 1.15 sen seunit
Pendapatan keseluruhan 2008 bersamaan 8.15 sen seunit.
2009
kadar dividen: 7.30 sen seunit
kadar bonus: 1.25 sen seunit.
Pendapatan keseluruhan 2008 bersamaan 8.55 sen seunit.
2010?????????????
Khamis, 16 Disember 2010
Selasa, 14 Disember 2010
Sekitar Konvokesyen Muhammad Danial Hariz
Hari sabtu lepas 11 Dis 2010, selamatlah Muhammad Danial Hariz menamatkan 'Pengajiannya' dalam Pra Sekolah Smart Reader Kids Rubber Road West Kuching. Aku plak pening kepala fikirkan MESS!!! Setelah melihat persembahan diaorang, MESS terus hilang dari kepala.... tumpuan hanya kepadanya. Kepada Danial, WELCOME TO PRIMARY SCHOLL (Apa lagi kalau bukan SK COMBINED.... dekat dan senang!!!
Gambar Sekitar Konvo Smart Reader Kids (SRK) Rubber Road West di Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Gambar Sekitar Konvo Smart Reader Kids (SRK) Rubber Road West di Majlis Bandaraya Kuching Selatan
mhj36
Tip Lindungi Kad Kredit Anda..
Lindungi Kad Kredit Anda
Kad kredit merupakan instrumen pembayaran yang membolehkan pembelian barangan dan pembayaran perkhidmatan dilakukan tanpa menggunakan wang tunai atau kad debit. Kad kredit boleh digunakan di mana-mana pusat perdagangan tempatan atau antarabangasa dengan syarat pusat perdagangan tersebut mempamerkan cap dagang yang sama dengan kad kredit yang hendak digunakan.
Pengeluar kad kredit akan membayar pedagang bagi pihak pembeli terlebih dahulu. Bil transaksi jualan kemudian akan diberikan kepada pembeli. Pengguna dikehendaki menjelaskan bayaran minimum sebelum atau pada tarikh tamat tempoh. Pengeluar kad kredit akan menggenakan faedah ke atas amaun yang tertunggak sekiranya bayaran tidak dibuat pada tarikh tempoh tamat.
Apa yang harus anda lakukan untuk melindungi kad kredit anda, memandangkan kad kredit adalah satu kemudahan bagi anda.
Amalkan:
- Tandatangan
Setiap kad kredit yang baru diterima haruslah ditandatangani dengan segera.
- Awasi
Pastikan jurujual mengembalikan kad , draf jualan dan resit selepas sesuatu transaksi.
- Lukis
Lukis satu garisan pada draf jualan pada ruangan kosong di atas jumlah bayaran atau bulatkan amaun bayaran sebelum anda menandatangani draf jualan tersebut.
- Simpan
Simpan setiap draf jualan termasuk draf jualan yang diterima daripada stesyen minyak layan diri.
- Semak
Segera laporkan kepada bank pengeluar kad sekiranya terdapat perbezaan atau kesalahan.
- Lapor
Sekiranya kad anda dicuri atau hilang, hubungi pusat kad anda dengan segera.
- Rekod
Simpan senarai-senarai tersebut di tempat yang selamat.
- Bayar
Jangan:
- Pinjam
Jangan pinjamkan kad kredit kepada sesiapa, walaupun rakan-rakan atau ahli keluarga.
Kad kredit, tidak boleh ditukar milik.
- Beri
Jangan sesekali beri nombor akaun kad kredit melaui telefon kecuali anda telah mengesahkan bahawa syarikat atau individu yang menerima maklumat nombor akaun tersebut adalah pihak yang boleh dipercayai.
- Pamir
Jangan tulis atau simpan nombor PIN anda di dalam beg atau dompet, hafal nombor PIN tersebut dan musnahkan PIN notifikasi.
- Pandangan
Jangan benarkan kad kredit anda hilang dari pandangan semasa suatu transaksi. Jangan benarkan ia dilihat oleh orang lain. Ingat kad kredit umpama wang tunai.
- Hilang
Jangan lalai dalam pemyimpanan kad kredit. Selalu pastikan bahawa kad kredit berada dalam simpanan anda. Periksalah untuk kepastian.
- Lebih Berbelanja
Jangan berbelanja melebihi kemampuan. Selalu lakukan kira-kira atau rancang bagaimana wang akan dibelanjakan.
Muflis @ Bankrap
Akibat pengurusan Kad Kredit yang tak betul, buta je kena isytiharkan BANKRAP. Berbelanja melebihi pendapatan dan sentiasa mahu kelihatan mewah adalah kemungkinan golongan tersebut diisytiharkan bankrapsi. Jadi, berhemahlah dalam pengurusan Kad Kredit anda. Gunakanlah ke ARAH KEBAIKAN bukannya berbelanja secara membabi buta. Tak ada CASH buat lah cara tak ada CASH.... jgn dok huluq ja kad kedit tu no.... PIKIAQ DULU SEBELUM ANG TERKENA!!
87,583 bankrap sehingga Oktober lalu
KUALA LUMPUR: Seramai 87,583 individu diisytiharkan bankrap dan daripada jumlah itu, 4,651 atau 5.1 peratus diisytiharkan bankrap kerana terbabit dalam hutang kad kredit sehingga Oktober tahun ini.
Ekoran daripada itu, kerajaan akan berbincang dengan Bank Negara (BNM) bagi mencari penyelesaian berhubung kadar faedah tinggi yang dikenakan kepada pengguna kad kredit hingga menyebabkan lebih 4,000 diisytiharkan bankrap kerana kegagalan membayar hutang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata langkah itu perlu diambil kerana angka yang dicatatkan dipandang serius kerajaan kerana majoriti mereka yang terlibat adalah daripada kalangan generasi muda.
"...Semestinya pihak kerajaan akan memandang serius dan saya bercadang akan berjumpa pihak berkenaan dalam mengendalikan isu ini," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Mohamad inginkan penjelasan berhubung tindakan yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu itu di mana menurut beliau kira-kira 23 peratus pengguna kad kredit di kalangan generasi muda telah diisytiharkan bankrap kerana gagal membayar hutang ekoran kadar faedah yang tinggi iaitu antara 12 hingga 18 peratus.
Liew berkata, kerajaan tidak mempunyai kaedah khusus dalam menangani isu itu tetapi bagi mengelak menjadi bankrap, seseorang itu perlu bijak mengurus hal ehwal kewangan sendiri dan jika tidak tentunya mereka akan dikenakan tindakan.
Mengenai cadangan untuk menggabungkan Akta Insolvensi, Akta Kebangkrapan dan Akta Syarikat, beliau berkata, ia adalah proses ideal untuk memberi peluang kedua kepada sesiapa yang diisytiharkan bankrap menggendalikan perniagaan.
"Bagaimanapun, proses perundangan yang dicadangkan itu masih di peringkat kajian," katanya ketika menjawab pertanyaan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang ingin tahu jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat pengisytiharan bankrap daripada 2005 hingga sekarang.
Liew berkata, individu yang diisytiharkan bankrap masih boleh ke luar negara sama ada untuk menunaikan haji atau menjalani rawatan kesihatan jika mendapat kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi.
"Pihak yang bankrap juga boleh membebaskan diri daripada status berkenaan dengan mengemukakan permohonan ke mahkamah sebelum dikaji Jabatan Insolvensi sama ada untuk menyokong atau tidak permohonan itu.
"Bagi yang ingin menunaikan haji mereka boleh memohon kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dapat kebenaran keluar negara...kerajaan tidak halang jika permohonan itu mengikut aturan undang-undang," katanya. - BERNAMA
Ahad, 12 Disember 2010
Pajak Gadai
PAJAK GADAI
Ramai pengguna berfikir memajak adalah satu cara yang mudah, cara yang selesa untuk meminjam wang. Ia memang betul jika anda dapat menebus balik barangan yang digadai. Namun anda boleh ditipu oleh pekedai pajak gadai yang tidak jujur. Oleh itu, anda perlu berwaspada supaya tidak tertipu dan terpedaya.
Akta Pajak Gadai 1972
Akta Pajak Gadai 1972 telah diluluskan untuk menyeragamkan undang-undang mengenai pajak gadai di seluruh Malaysia. Sebelum itu terdapat Enakmen-Enakmen yang berbeza-beza mengawal aktiviti pajak gadai di tiap-tiap negeri di Semenanjung Malaysia.
DEFINASI
a) Pemegang Pajak Gadai
Orang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai pajak gadai digelar sebagai pemegang pajak gadai atau dalam bahasa lnggerisnya 'pawn broker'. Ini termasuklah orang yang menerima barang seseorang lain sebagai cagaran untuk pernbayaran balik wang yang tidak lebih dari RM5,000 yang telah didahulukan.

contoh : A, seorang yang mempunyai wang telah meminjamkan RM100 kepada B yang memerlukan wang itu. Sebagai jaminan untuk pernbayaran balik wang itu, B meninggalkan dengan A sebentuk cincin emas. A di sini disifatkan sebagai seorang yang menjalankan perniagaan mengambil barang barang sebagai pajak gadai. Begitu juga halnya dengan seseorang yang membeli atau menerima barang-barang dan meminjam kepada orang itu sejumlah wang tidak melebihi RM5,000 dengan satu perjanjian atau persetujuan bahawa barang itu boleh dibeli kembali atau ditebus berdasarkan syarat-syarat tertentu.
b) Pemajak Gadai
Akta mendefinisikan pemajak gadai sebagai seorang yang menyerahkan sesuatu barang untuk dipajak gadai kepada seseorang pemegang pajak gadai. Akta juga memperuntukkan bahawa golongan-golongan tertentu tidak boleh menjadi pemajak gadai. Ini termasuklah orang yang dalam keadaan mabuk dan juga orang di bawah umur 16 tahun. Seorang kanak-kanak misalnya tidak boleh disuruh oleh ibu bapanya membawa barang tertentu untuk digadaikan. Sekatan yang dikenakan ke atas golongan ini adalah berasaskan prinsip am undang-undang bahawa orang ini tidak berkeupayaan untuk melibatkan diri dalam apaapa transaksi undang-undang.
Kes Siti Menggadaikan Rantai Emasnya
1 ) Siti menggadaikan rantai emasnya untuk mendapatkan pinjaman RM150.00
2 ) Dia hanya dikenakan kadar faedah 2% sebulan dengan tambahan 50 sen untuk setiap pinjaman melebihi RM10.00.
3) Siti terpaksa membayar RM3.00 kadar faedah ke atas pinjaman setiap bulan. Pada bulan ke enam,
jumlah bayaran faedah tertimbun ialah RM 18.00. Ini bermakna bahawa selepas enam bulan Siti terpaksa membayar RM168.50 untuk menebus gadaiannya.
4) Jika Siti tidak menebus balik gadaiannya dalam tempoh 6 bulan ia boleh dilupuskan. Tetapi oleh kerana pinjamannya melebihi RM100 ia hanya dilakukan melalui lelongan oleh pelelong berlesen.
5) Siti boleh meminta tambahan masa selepas 6 bulan tempoh masa sudah berakhir. Tambahan
masa ini mestilah tidak melebihi 3 bulan dan dia boleh mendapatkan masa tambahan tersebut berulang kali.
6) Jika rantai emas Siti dijual dengan harga RM200.00, perbezaan antara dengan pinjaman ditambah dengan faedah (contohnya RM200.00 - RM168.50 = RM31.50) mestilah diserahkan kepada Siti. Siti mempunyai masa 4 bulan untuk menuntut wang tersebut. Siti mempunyai hak memeriksa buku jualan pelelong untuk mengetahui berapa nilai sebenar rantainya.
7) Lebihan RM31.50 adalah hak mutlak kepada Siti. Kedai pajak gadai dikehendaki memberitahu Siti
mengenai jualan itu melalui surat berdaftar dalam tempoh 7 hari dari had lelongan dan menghantar penyata menunjukkan lebihan berkenaan. Jika Siti tidak menuntut lebihan berkenaan dalam tempoh 4 bulan, kedai pajak gadai berkenaan dikehendaki membayar wang lebihan tersebut kepada Kerajaan dalam masa 14 hari. Siti kemudiannya boleh menuntut lebihan itu dari Perbendaharaan.

PERLU SENTIASA BERINGAT
1 . Semak tarikh luput. Anda tidak boleh menuntut barang selepas tarikh luput, kecuali kedai pajak gadai bersetuju memanjangkan tempoh berkenaan.
1 . Semak tarikh luput. Anda tidak boleh menuntut barang selepas tarikh luput, kecuali kedai pajak gadai bersetuju memanjangkan tempoh berkenaan.
2. Selepas tarikh luput semua barangan yang digadai yang nilainya kurang dari RM100 akan menjadi kepunyaan kedai pajak gadai berkenaan dan bukan kepunyaan anda lagi.
3. Semua barang yang tidak ditebus yang nilainya melebihi RM100 boleh dilelong oieh kedai pajak gadai. Anda berhak mendapatkan baki wang yang tinggal dari jualan barang berkenaan selepas ditolak semua kos gadaian.
4. Pemegang pajak gadai perlu menghantar notis berdaftar kepada pemajak gadai mengenai tindakan untuk melelong barangan. Notis ini perlu diterima oleh pemajak gadai tujuh hari sebelum urusan pelelongan.
5. Pemajak gadai dinasihatkan untuk memberi alamat semasa apabila memajak barangan atau memaklumkan sebarang pertukaran alamat secara bertulis kepada pemegang pajak gadai.Ini adalah penting untuk memastikan notis-notis pemberitahuan peleiongan yang dihantar oleh pemegang pajak gadai sampai ke pemajak gadai.
6. Kedai pajak gadai adalah bertanggungjawab atas kehilangan atau kemusnahan akibat kecurian atau kebakaran.
7. Sentiasa mendapatkan resit setiap kali anda membuat pembayaran.
8. Jika kedai pajak gadai mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi (lebih 2% sebulan) ke atas sesuatu pinjaman, anda boleh membawa perkara ini kepada pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaaan Tempatan (KPKT).
9. Jika anda kehilangan resit/ tiket gadaian anda berhak mendapatkan salinannya secara percuma.
10. Jika anda merasa bahawa gadaian anda berkurang nilai atau jika kedai pajak gadai enggan menyerahkan gadaian anda, buatlah aduan kepada majistret. Majistret mempunyai kuasa untuk memerintah kedai pajak gadai untuk membayar gantirugi yang munasabah.
11. Pastikan kedai pajak gadai yang anda berurusan mempunyai lesen yang sah.
12. Semak buku catatan kedai pajak gadai untuk memastikan bahawa kandungannya adalah sama dengan surat pajak gadai yang anda terima.
sumber: smartconsumer.my
mhj36
Dana Kecemasan
SIMPANAN DANA KECEMASAN
Apakah Dana Kecemasan??
"Dana kecemasan" biasanya adalah satu dana yang disimpan untuk membayar perbelanjaan di luar jangkaan. Sebagai contoh:
- Tayar kenderaan anda perlu ditukar dengan yang baru.
- Rumah anda penuh dengan anai-anai dan memerlukan rawatan pakar makhluk perosak.
- Ahli keluarga anda memgalami masalah kesihatan yang memrlukan pembedahan segera.
- Rumah anda dimasuki pensuri dan kehilangan kesemua barangan berharga.
- Tiba-tiba syarikat anda bankrap.
Senarai ini boleh berterusan panjangnya dan anda mungkin tidak mengalami hanya satu daripadanya, tetapi kesemuanya serentak! Jika kesemua masalah ini berlaku secara serentak anda akan mengahadapi saat paling getir di dalam hidup.
Mengapa Perlu Ada "Dana Kecemasan"
Kehidupan setiap orang mempunyai turun naiknya, hari baik dan hari sukar. Apabila anda menyimpan untuk waktu kecemasan, anda melindungi diri anda dan keluarga anda. Anda bersedia untuk situasi-situasi yang tidak diduga, pada waktu itulah anda memerlukan simpanan duit kecemasan untuk masa-masa sukar.
Amat mudah untuk terperangkap dalam hutang lebih-lebih lagi hutang kad kredit dan ceti haram jika anda tidak mempunyai duit simpanan. Anda perlu membayar bil dan memastikan hutang kad kredit sentiasa rendah walaupun ketika sesuatu yang tidak diduga berlaku ke atas anda.
Oleh kerana tiada siapa yang boleh menjangkakan masa hadapan, setiap daripada kita memerlukan dana kecemasan.
Bagaimana saya boleh menyimpan, sedangkan saya tidak mempunyai banyak duit?
Caranya ialah:
- Simpan duit untuk diri sendiri terlebih dahulu.
- Buka satu "akaun simpanan automatik" yang membolehkan anda mengeluarkannya ketika kecemasan.
- Turunkan perbelanjaan anda dengan berbelanja secara bijak.
- Tetapkan beberapa syarat untuk menggunakan duit, iaitu syarat yang BENAR-BENAR ketat.
- Cuba sehingga anda berjaya dan janganlah cepat berputus asa.
Simpan Sendiri Terlebih Dahulu
Pada kebanyakan masa apabila kita mendapat gaji, kita mula membayar untuk itu dan ini, dan kepada orang lain terlebih dahulu, hanya selepas itu kita menyimpan bakinya. Ini adalah terbalik. Ia adalah duit anda dan anda berhak menyimpan sebahagiannya untuk diri dan keluarga anda.
Jangan berputusa asa jika anda hanya dapat menyimpan sedikit. Menyimpan satu Ringgit sehari atau RM10 seminggu, mungkin tidak banyak tetapi dihujung tahun, anda akan mempunyai RM365 atau RM520. Seperti pepatah Melayu ada mengatakan,"Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!". Adalah lebih baik untuk menyimpan sedikit setiap minggu daripada cuba menyimpan dengan banyak dan gagal.

Apabila anda menyimpan terlebih dahulu, anda akan dapat memastikan perbelanjaan mengikut baki duit yang ada. Jika anda tidak nampak duit, anda tidak berpeluang untuk membelanjakannya.
Berapa banyak yang patut disimpan
Sebagai garis panduan, sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda. Adalah lebih baik bermula dengan jumlah yang anda selesa dan secara perlahan-perlahan menuju ke arah matlamat itu. Sudah tentu jika anda boleh simpan lebih, itu adalah lebih baik.
Matlamat anda adalah untuk menyimpan dana kecemasan yang cukup untuk tiga ke enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Anda boleh melakukannya dengan cuba menyimpan perbelanjaan seminggu, kemudian dua minggu dan secara perlahan bertambah kepada sebulan dan seterusnya.

Di manakah saya perlu menyimpan "Dana Kecemasan" saya?
Dana kecemasan anda perlu disimpan dalam satu akaun yang senang untuk anda keluarkan di dalam waktu-waktu kecemasan. Anda boleh memilih untuk membuka Akaun Simpanan dengan bank tetapi memilih untuk tidak memiliki kad ATM. Alternatifnya, anda juga boleh memilih untuk melabur sebahagian darinya ke dalam dana Amanah Saham kerajaan. Pilih dana yang memastikan keselamatan kepada kapital anda sementara memberikan pulangan yang berpatutan.
Apabila anda mendapat pendapatan, ingat untuk menyimpan bagi diri sendiri terlebih dahulu. Cara yang mudah untuk melakukan ini ialah dengan berdaftar dengan skim potongan gaji. Anda boleh meminta majikan anda atau bank anda untuk menyimpan sebahagian daripada gaji anda ke dalam akaun simpanan/amanah saham anda setiap bulan. Ingat bahawa akaun ini adalah untuk kecemasan sahaja dan seboleh yang mungkin, anda tidak akan menggunakannya untuk tujuan lain!
Bagaimana saya boleh tahu bila "Dana Kecemasan" dapat digunakan?
Keputusan ini bergantung pada situasi anda. Anda perlu memikirkan hal ini dengan lebih awal dan kemudian patuhi syarat-syarat anda sendiri.
Soalan-soalan berikut mungkin boleh membantu anda dalam menetapkan beberapa syarat:

- Adakah perbelanjaan ini satu keperluan atau kehendak?
- Adakah saya benar-benar perlu membelinya hari ini?
- Apa yang akan berlaku jika saya tidak membelanjakannya sekarang?
- Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih murah?
- Adakah cara lain untuk saya membayar perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?
- Jika saya menggunakan duit ini hari ini, bagaimana perasaan saya tentang keputusan saya ini pada bulan hadapan?
Sentiasa ingat bahawa ini adalah "Dana Kecemasan" anda dan jika ia bukan kecemasan, anda tidak akan menyentuhnya.
Kesimpulan
"Dana Kecemasan" ini adalah penyelamat dan pastikan ia cukup besar untuk melindungi anda dan keluarga anda apabila menghadapi hari-hari sukar
Jadi, mula bina dana ini sekarang dan ia mungkin penyelamat anda suatu hari nanti.

Info dari : http://www.akpk.org.my
mhj36
mhj36
Jom Kita Belajar Berjimat
Layar punya layar, terjumpa infomasi berguna... cara berbelanja dengan berhemah.
TIP AMALAN BERJIMAT CERMAT
Salah satu cara pengurusan bijak dan kreatif dalam kewangan keluarga ialah dengan berjimat cermat. Sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan. Berikut adalah beberapa tip untuk berjimat cermat dalam urusan kewangan keluarga untuk dijadikan panduan kita bersama:
Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga
Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga.
Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan
Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.
Tip 3: Masak sendiri
Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.
Tip 4: Bawa bekal ke pejabat atau sekolah
Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan.
Tip 5: Elakkan memandu kenderaan sendiri
Walaupun harga minyak telah turun namun amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat.
Tip 6: Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas
Keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan pendingin udara, begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci.
Tip 7: Tanam sendiri sayur-sayuran
Serai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudah untuk ditanam. Bagi yang tidak mempunyai tanah dan ruang masih boleh menanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayuran seperti sawi, kangkung, cili malahan pisang juga tidak susah untuk ditanam. Mengamalkan cara ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dari perlu membeli sayur-sayuran yang telah ditanam seterusnya dapat mengisi masa lapang bersama keluarga.
Tip 8: Elakkan membawa anak-anak ketika membeli belah
Ini satu langkah yang baik, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Cara ini dapat menjimatkan masa dan juga menggelakkan tabiat boros berbelanja.
Tip 9: Beli secara pukal
Ini jauh lebih murah berbanding jika kita membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa.
Tip 10: Lakukan perbandingan harga dahulu
Amalan ini adalah penting kerana kadang kala terdapat perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan kualitinya. Amalan ini membantu juga untuk berjimat.
Tip 11: Kurangkan pembelian barangan berjenama
Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya.
Diharapkan agar panduan di atas dapat memberikan sedikit sebanyak informasi berguna kepada kita sebagai pengguna dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu kini seterusnya menjadikan kita sebagai pengguna yang bijak.
Sumber: smartconsumer.my
mhj36
Jadual Gaji Kakitangan Awam 2011
Jadual Gaji Kakitangan Awam 2011. Hanya hari natal je dibayar bawah 20hb. Bulan lain hampir biasa2 je. Ok la tu.
Berikut adalah jadualnya, sumber seperti tertera:
Klik pada pic untuk besarkan image.
Selamat mencocok kad..
mhj36
Berikut adalah jadualnya, sumber seperti tertera:
Klik pada pic untuk besarkan image.
Selamat mencocok kad..
mhj36
Sabtu, 11 Disember 2010
Gaji tentera nak Naik
Berapa kali dah berita macam ni kuar????? Dah jenuh dah baca.... KAJI KAJI KAJI... berapa bnyk kaji da.... dah termaktub dalam perlembagaan, perkhidmatan paling terkanan.
Artikel dari berita harian.... HARAP IKHTIAR dari MENHAN...
Harap JPA saja lagi...........
Kementerian Pertahanan perinci pelarasan gaji ATM
KUALA TERENGGANU: Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pelarasan skima gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau sendiri sudah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji tentera, supaya sekurang-kurangnya bersamaan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut pangkat.
"Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skima perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan.
"Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang. Jadi, adakah perlu perang dulu baru nak naik gaji," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah Parlimen Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Pemangku Panglima Medan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Zulkiple Kassim; Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Kolonel (Kehormat) Datuk Mazlan Ngah dan pegawai-pegawai kanan tentera.
Ahmad Zahid berkata, ATM adalah pasukan profesional yang memainkan peranan tersendiri, termasuk ketika negara aman.
"Seperti (tentera) di seluruh dunia, dalam keadaan aman ini peranan tentera banyak bukan saja dalam latihan tapi pertolongan kemanusiaan dan bantuan bencana alam.
"Tentera kita juga terbabit dalam Pasukan Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.
Kata kajian pelarasan gaji itu dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi ATM walaupun tidak kedengaran tuntutan dari anggota tentera.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, mulai tahun depan, ATM akan melaksanakan Program Jiwa Murni yang membabitkan kawasan pedalaman di seluruh negara.
"Kita akan terbabit dalam pembinaan kemudahan infrastruktur dan membaik pulih rumah-rumah rakyat miskin yang belum terjangkau oleh agensi kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan.
"Jemaah menteri telah berikan suatu panduan kepada ATM supaya membantu kawasan-kawasan yang melibatkan perkampungan Orang Asli dan pedalaman di mana pihak kontraktor sukar membawa material dan sediakan tenaga kerja di kawasan tersebut," katanya.
Menurutnya, ini memandangkan ATM memiliki kemudahan yang diperlukan seperti helikopter, bot dan kenderaan pacuan empat roda yang boleh digunakan untuk tujuan berkenaan. - BERNAMA
mhj36
Artikel dari berita harian.... HARAP IKHTIAR dari MENHAN...
Harap JPA saja lagi...........
Mutakhir
Kementerian Pertahanan perinci pelarasan gaji ATM
2010/12/11
KUALA TERENGGANU: Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pelarasan skima gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau sendiri sudah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji tentera, supaya sekurang-kurangnya bersamaan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut pangkat.
"Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skima perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan.
"Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang. Jadi, adakah perlu perang dulu baru nak naik gaji," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah Parlimen Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Pemangku Panglima Medan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Zulkiple Kassim; Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Kolonel (Kehormat) Datuk Mazlan Ngah dan pegawai-pegawai kanan tentera.
Ahmad Zahid berkata, ATM adalah pasukan profesional yang memainkan peranan tersendiri, termasuk ketika negara aman.
"Seperti (tentera) di seluruh dunia, dalam keadaan aman ini peranan tentera banyak bukan saja dalam latihan tapi pertolongan kemanusiaan dan bantuan bencana alam.
"Tentera kita juga terbabit dalam Pasukan Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.
Kata kajian pelarasan gaji itu dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi ATM walaupun tidak kedengaran tuntutan dari anggota tentera.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, mulai tahun depan, ATM akan melaksanakan Program Jiwa Murni yang membabitkan kawasan pedalaman di seluruh negara.
"Kita akan terbabit dalam pembinaan kemudahan infrastruktur dan membaik pulih rumah-rumah rakyat miskin yang belum terjangkau oleh agensi kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan.
"Jemaah menteri telah berikan suatu panduan kepada ATM supaya membantu kawasan-kawasan yang melibatkan perkampungan Orang Asli dan pedalaman di mana pihak kontraktor sukar membawa material dan sediakan tenaga kerja di kawasan tersebut," katanya.
Menurutnya, ini memandangkan ATM memiliki kemudahan yang diperlukan seperti helikopter, bot dan kenderaan pacuan empat roda yang boleh digunakan untuk tujuan berkenaan. - BERNAMA
mhj36
Masja 11Dis2010
Jalan2 kat Masja Petra Jaya.... Kira nak bersantai... anakku dihiburkan oleh Mat Rempit Amatur. Anak aku gelak sepanjang masa menyaksikan aksi mat rempit. Aku tanya, pasai pa gelak??? Dia jawab, "macam sarkas, yah". Sebab naik motor pakai satu tayar je. Makin org tengok aksi depa, depa makin seronok. Ntah la. Belum masuk bawah kereta... takpe la tak hingat dunia.
AKSI MAT REMPIT AMATUR MASJA (SARKAS)
KABUR LA PLAK....
Selamat berhujung minggu...
mhj36
AKSI MAT REMPIT AMATUR MASJA (SARKAS)
KABUR LA PLAK....
Selamat berhujung minggu...
mhj36
Kesilapan
Kesilapanku sekarang adalah tidak membeli rumah.... Rumah adalah aset penting sekali didunia. Harga rumah naik saban tahun... Rumah yang dulunya aku nak tempah berharga RM160K++ tapi batal pada saat akhir telah mencecah RM200K sekarang. Jadi, putih mata saja la.... Semoga target aku tahun ni untuk memiliki rumah akan tercapai...
Sebab, dengan memiliki rumah kita akan dapat menjana pendapatan pasif,. Silap haribulan tuah manusia siapa yang tahu, kita boleh menjadi jutawan dan bos dengan memiliki rumah. Bila dah jadi bos, goyang kaki tak yah keja sesapa pun tak marah. Rumah bekerja untuk kita. Cukup bulan wang masuk dengan berdisiplinnya.
P/S: Semua orang boleh memiliki RUMAH... Hanya segelintir yang akan menjadi jutawan rumah. Selebihnya jutawan fakir..
Piala Penggodam
Pergh!!!! Kepada kaki Hacker, apa lagi tunggu. Hadiah lumayan menanti anda. USD5000. Apa lagi tunggu... godam godam godam... lastly gundam... selamat berjaya
Bawah ni artikel penuh berita dari b.harian
SAN FRANCISCO: Facebook mencabar pakar perisian seluruh dunia untuk menunjukkan kemahiran mereka membabitkan rangkaian sosial dalam talian dengan menyertai Piala Penggodam yang pertamanya.
Syarikat rangkaian sosial dunia itu memberi ruang kepada penggodam menyertai kejohanan menggodam sepanjang malam membabitkan kelas tertinggi bersama dengan pertandingan kod antarabangsa.
Pemenang ditawarkan dengan hadiah wang bernilai AS$5,000 dan lawatan percuma ke ibu pejabat syarikat itu di Utara California. - AFP

Jumaat, 10 Disember 2010
TM pasang Kabel Optik dari Kuching-Miri
Pergh..... Pasni klu masih lembat gak tak tau la.... 1mbps.. tunggu dan cuba.
Laporan penuh dari b.harian
SIBU: Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam proses memasang 1,140 kilometer kabel optik fiber dari Kuching ke Miri di Sarawak.
Menteri Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wong Soon Koh, berkata pemasangan itu dibuat dalam tiga fasa dengan fasa pertama telah siap sementara dua fasa yang lain sedang dipasang.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog dengan TM dan Perbadanan Bekalan Elektrik Sarawak (SESCO) di sini hari ini, beliau berkata kabel optik itu boleh menampung kelajuan 20 hingga 50 megabait dan tahan lebih lama berbanding dengan kabel dawai tembaga.
"TM juga sedang menaik taraf dan memperbaiki perkhidmatan jalur lebar dan rangkaiannya di kawasan tersebut untuk memenuhi permintaan meningkat bagi perkhidmatan streamyx khasnya di skim pembangunan perumahan baru," katanya.
Wong berkata, bandar itu mempunyai jumlah pengguna streamyx yang ketiga tertinggi di Sarawak dengan 18,000 pengguna di mana* 90 peratus adalah pengguna kawasan perumahan dan yang lainnya pengguna komersil.
Katanya, kira-kira 1.46 peratus pengguna membuat aduan berkaitan kelajuan lambat dan kerosakan perkhidmatan TM setiap bulan.
"SESCO juga memperbaiki perkhidmatan talian tetapnya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar seperti di Ulu Sungei Merah, Salim dan Rantau Panjang," katanya.
Mengenai SESCO, katanya, ia masih melaksanakan dua projek luar bandar iaitu Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Skim Bantuan Pendawaian (AWS) yang dibiayai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Kini kadar pemasangan untuk BELB kurang 70 peratus sementara SESCO berharap untuk mencapai 95 peratus menjelang 2012. - BERNAMA

Langgan:
Catatan (Atom)