Jumaat, 10 Disember 2010

TM pasang Kabel Optik dari Kuching-Miri

Pergh..... Pasni klu masih lembat gak tak tau la.... 1mbps.. tunggu dan cuba.
Laporan penuh dari b.harian

SIBU: Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam proses memasang 1,140 kilometer kabel optik fiber dari Kuching ke Miri di Sarawak. 

Menteri Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wong Soon Koh, berkata pemasangan itu dibuat dalam tiga fasa dengan fasa pertama telah siap sementara dua fasa yang lain sedang dipasang.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog dengan TM dan Perbadanan Bekalan Elektrik Sarawak (SESCO) di sini hari ini, beliau berkata kabel optik itu boleh menampung kelajuan 20 hingga 50 megabait dan tahan lebih lama berbanding dengan kabel dawai tembaga.


"TM juga sedang menaik taraf dan memperbaiki perkhidmatan jalur lebar dan rangkaiannya di kawasan tersebut untuk memenuhi permintaan meningkat bagi perkhidmatan streamyx khasnya di skim pembangunan perumahan baru," katanya. 

Wong berkata, bandar itu mempunyai jumlah pengguna streamyx yang ketiga tertinggi di Sarawak dengan 18,000 pengguna di mana* 90 peratus adalah pengguna kawasan perumahan dan yang lainnya pengguna komersil. 

Katanya, kira-kira 1.46 peratus pengguna membuat aduan berkaitan kelajuan lambat dan kerosakan perkhidmatan TM setiap bulan. 

"SESCO juga memperbaiki perkhidmatan talian tetapnya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar seperti di Ulu Sungei Merah, Salim dan Rantau Panjang," katanya. 
Mengenai SESCO, katanya, ia masih melaksanakan dua projek luar bandar iaitu Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Skim Bantuan Pendawaian (AWS) yang dibiayai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. 

Kini kadar pemasangan untuk BELB kurang 70 peratus sementara SESCO berharap untuk mencapai 95 peratus menjelang 2012. - BERNAMA 





mhj36

Tiada ulasan:

Catat Ulasan