Sabtu, 11 Disember 2010

Gaji tentera nak Naik

Berapa kali dah berita macam ni kuar????? Dah jenuh dah baca.... KAJI KAJI KAJI... berapa bnyk kaji da.... dah termaktub dalam perlembagaan, perkhidmatan paling terkanan.

Artikel dari berita harian.... HARAP IKHTIAR dari MENHAN...
Harap JPA saja lagi...........


Mutakhir

Kementerian Pertahanan perinci pelarasan gaji ATM


2010/12/11

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pelarasan skima gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau sendiri sudah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji tentera, supaya sekurang-kurangnya bersamaan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut pangkat.
"Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skima perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan.


"Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang. Jadi, adakah perlu perang dulu baru nak naik gaji," katanya. 

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah Parlimen Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini, hari ini. 

Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Pemangku Panglima Medan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Zulkiple Kassim; Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Kolonel (Kehormat) Datuk Mazlan Ngah dan pegawai-pegawai kanan tentera. 

Ahmad Zahid berkata, ATM adalah pasukan profesional yang memainkan peranan tersendiri, termasuk ketika negara aman. 
"Seperti (tentera) di seluruh dunia, dalam keadaan aman ini peranan tentera banyak bukan saja dalam latihan tapi pertolongan kemanusiaan dan bantuan bencana alam. 

"Tentera kita juga terbabit dalam Pasukan Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya. 

Kata kajian pelarasan gaji itu dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi ATM walaupun tidak kedengaran tuntutan dari anggota tentera. 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, mulai tahun depan, ATM akan melaksanakan Program Jiwa Murni yang membabitkan kawasan pedalaman di seluruh negara. 

"Kita akan terbabit dalam pembinaan kemudahan infrastruktur dan membaik pulih rumah-rumah rakyat miskin yang belum terjangkau oleh agensi kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan. 

"Jemaah menteri telah berikan suatu panduan kepada ATM supaya membantu kawasan-kawasan yang melibatkan perkampungan Orang Asli dan pedalaman di mana pihak kontraktor sukar membawa material dan sediakan tenaga kerja di kawasan tersebut," katanya. 

Menurutnya, ini memandangkan ATM memiliki kemudahan yang diperlukan seperti helikopter, bot dan kenderaan pacuan empat roda yang boleh digunakan untuk tujuan berkenaan. - BERNAMA 





mhj36

Tiada ulasan:

Catat Ulasan