Selasa, 7 Disember 2010

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Bagi warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang akan bersara dalam lingkungan umur 40-45 tahun, sediakan payung sebelum hujan. Maksimumkan pelaburan anda sebanyak yang boleh didalam ASB dan Yuran Koperasi Tentera. Ianya akan menjadi pendapatan pasif anda apabila bersara kelak. Kalau pengurusan kewangan anda MANTAP dan BERDISIPLIN, tak mustahil pelaburan anda didalam ASB RM200K dan YURAN KT RM100K.

Anggaran Pendapatan Pasif anda setelah bersara:


  • ASB RM200K

      - Anggaran Kasar dividen 8% setahun
      - RM200K X 8/100 = RM16K

  • YURAN KT RM100K

      - Anggaran Kasar Dividen 13%
      - RM100K X 13/100 = RM13K

# RM16K + RM13K = RM29K (SETIAP TAHUN)(WOW!!!)
#RM29K Bahagi dengan 12bulan = RM2416.66 Sebulan (WOWWWW!!!!)

Jadi bertindaklah dengan segera. Masa takkan menunggu kita. Hanya kita sendiri boleh mengubah kehidupan kita. Simpanlah ikut kemampuan, Alah bisa tegal biasa.... Semoga hari persaraan kita bukan hari kesengsaraan kita.

mhj36

Tiada ulasan:

Catat Ulasan